Cristiano Ronaldo akan memakai but baharu edisi khas CR7 Mercurial Campeoes pada Piala Konfederasi tahun ini.

Kapten pasukan Portugal itu telah diberikan reka bentuk yang unik oleh Nike yang menyatakan ia sebagai meraikan pencapaian cemerlang Ronaldo dan kejayaan di Euro 2016.

Ronaldo yang menerima anugerah Ballon d’Or sebanyak empat kali berharap kasut baharu diharap dapat membantu beliau mencapai prestasi yang terbaik untuk mencipta kejayaan untuk negaranya.

But Ronaldo kebanyakannya berwarna merah dan mempunyai sokongan dipasang pada buku lali dengan tanda emas Nike yang ikonik dan bendera Portugal di tumit. - Agensi