Ronaldo menginap di hotel tersebut bersama keluarganya selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia apabila tewas 2-1 kepada Uruguay dalam pusingan kalah mati.

Dia memuatnaik gambar ketika makan malam bersama rakan-rakannya di Instagram.

Difahamkan Ronaldo begitu kagum dengan servis yang ditawarkan oleh hotel tersebut sehingga membuatkan dirinya tidak boleh meninggalkan hotel itu tanpa memberikan sesuatu.

Pemain berusia 33 tahun itu juga meminta jumlah tip itu dikongsi seluruh pekerja di resort berkenaan. - AGENSI