Kejayaan itu menyaksikan gergasi bola sepak Itali itu bangkit daripada ketinggalan 1-4 dalam aksi suku akhir pertama untuk meraih keputusan 4-4 sekali gus layak ke separuh akhir berdasarkan kepada kelebihan jaringan di tempat lawan.

Barcelona terpaksa akur dengan jaringan Edin Dzeko, Daniele De Rossi dan Kostas Manolas yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan luar biasa pasukan Roma.

Dzeko membuka tirai jaringan seawal minit keenam selepas menerima lorongan daripada De Rossi dan mengambil peluang daripada kesilapan yang dilakukan Samuel Umtiti.

Umtiti dilihat mampu menyaingi larian Dzeko namun berhenti secara tiba-tiba dan membenarkan bekas penyerang Manchester City itu untuk menyudahkan larian itu dengan jaringan.

Pertahanan Perancis itu dikritik hebat sejak kebelakangan ini selepas menunjukkan penurusan prestasi sejurus selepas tersebarnya khabar angin bahawa dia akan meninggalkan Barcelona.

Umtiti mengesahkan bahawa Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini.-AGENSI