Bagaimanapun, dia percaya pasukannya masih berpeluang ke aksi final dan mampu mengubah keputusan itu ketika aksi timbal balas di Rom.

“Kami bermula dengan baik tetapi kemudian hilang kemampuan untuk kekal dalam perlawanan.

“Kami tidak bermain dengan baik untuk 50 minit, gagal melakukan sebarang cabaran dan gagal dalam perebutan bila selain tidak mampu melakukan hantaran mudah,” katanya.

Dua gol daripada Edin Dzeko dan Diego Perotti pada penghujung permainan memberikan harapan untuk mereka bangkit di Stadio Olimpico, minggu hadapan.

Roma sebelum ini menampilkan kebangkitan luar biasa selepas tewas 1-4 kepada Barcelona dalam aksi suku akhir pertama tetapi bangkit dengan kemenangan 3-0 di laman sendiri.

Selain itu mereka juga kekal dengan rekod tanpa bolos dalam aksi Liga Juara-Juara di laman sendiri, musim ini.-AFP