"Saya berharap dia mampu bermain tetapi kita akan tunggu dan lihat nanti. Ototnya masih lagi kejang," kata jurulatih Bayern, Louis van Gaal.

Bayern turut menyatakan pertahanan mereka, Daniel van Buyten bakal beraksi pada perlawanan di Old Trafford, ketika kelab Jerman itu mahu mempertahankan kelebihan 2-1 pada suku akhir pertama.

Van Buyten diganti oleh Jefferson Farfan ketika Bayern menang 2-1 ke atas Schalke 04 Sabtu lalu, kerana lebam pada lutut.

Pemain tengah, Bastian Schweinsteiger akan kembali beraksi setelah selesai menjalani hukuman penggantungan. - Reuters