Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan rasmi daripada Setiausaha Sulit, Datuk Mohamad Munir Bani pada hari ini.

Dalam kenyataan tersebut Tengku Amir berkata, FAS perlu melakukan anjakan paradigma dan perubahan yang menyeluruh dalam mengembalikan kegemilangan arena bola sepak Selangor.

“Beliau juga menekankan bahawa ini bukannya masa untuk mengadu domba atau pun mencari kesalahan lampau. Beliau sentiasa menyokong penuh pembangunan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi dan fokus harus diberikan untuk memastikan FAS serta Selangor terus mara ke depan.

“Beliau menyeru rakyat untuk bersama menyokong penuh pembaharuan yang akan dilakukan oleh beliau apabila menerajui FAS nanti. Beliau yakin pasukan kesayangan rakyat Selangor akan dapat mencapai kegemilangan yang lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata Mohamad dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan peletakan jawatan beliau selaku Presiden FAS dan kerusi No. 1 itu bakal diisi oleh Tengku Amir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan pada 3 Julai ini.

Kata Subahan, tindakan itu diambil kerana kekangan masa ekoran banyak perkara yang perlu dilakukannya memandangkan beliau juga adalah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya fikir sudah tiba ma­­­­sa­nya saya mele­paskan jawatan Presiden FAS kepa­da RMS meman­dangkan saya yakin beliau adalah calon paling layak menerajui FAS,” katanya.