The Gunners mendapatkan khidmat pemain remaja itu dari FC Lorient dengan harga 7 juta pound (RM36.89 juta) pada musim panas lalu.

Walaupun ramai menjangkakan pemain muda itu tidak akan mendapat tempat di Arsenal, dia dilihat begitu gembira membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Guendouzi merupakan antara pemain utama dalam skuad kendalian Unai Emery dan kini turut beraksi dalam saingan Liga Europa.

Menurut laporan Express, kecemerlangan pemain muda itu menarik perhatian PSG.

Tindakan PSG itu membuatkan The Gunner meletakkan harga yang tinggi sekitar 60 juta pound (RM316.21 juta) atau hampir 10 kali ganda berbanding harga asal yang dibeli Arsenal, beberapa bulan lalu.

Guendouzi membuat 33 penampilan bersama The Gunner musim ini dan hanya menjaringkan satu gol ketika menang ke atas Qarabag dalam aksi Liga Europa.-AGENSI