Insentif tersebut diumumkan oleh Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika meninjau sesi latihan skuad Kedah di Stadium Darrul Aman, Alor Setar, hari ini.

“Ini merupakan bonus awal kepada pemain daripada KFA, mungkin selepas ini lebih banyak lagi imbuhan bakal diterima pemain jika dapat menumpaskan Pahang,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengingatkan pemain Kedah supaya tidak gentar mendepani skuad Tok Gajah meskipun Pahang dijangka menyenaraikan pemain import baharu dalam perlawanan akhir nanti.

Ahmad Bashah berkata, beliau percaya aksi mantap dipamerkan barisan pemain Kedah ketika menghadapi Pahang nanti mampu membuahkan kejayaan.

“Saya tidak kisah jumlah gol, tetapi apa yang penting adalah kemenangan buat pasukan ini dan seterusnya untuk penyokong dan rakyat Kedah.

“Kita sudah menjuarai Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih dan kini, kita akan bawa pulang Piala FA pula,” katanya.