Bintang Jerman itu akan tamat kontrak pada penghujung musim ini dan perbincangan terakhir bersama Arsenal berlangsung Mac lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi selama tiga musim di bawah kendalian Jose Mourinho semasa di Real Madrid dan pengendali Portugal itu masih lagi berhubung dengan pemain tengah itu.

Ozil menarik minat ba­nyak pihak tetapi kelab-kelab di Eropah akan hanya menyuarakan minat mereka selepas dia bebas daripada sebarang kontrak pada penghujung musim ini.

Bagi mengelakkan persaingan, United bersedia untuk mendapatkan Ozil, Januari ini tetapi Arsenal mahukan 30 juta pound (RM166.48 juta) bagi melepaskan pemain itu.

Ozil layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara selepas hanya beraksi di Liga Europa untuk Gunners musim ini.

Kali terakhir Arsenal melepaskan pemain mereka kepada United ialah pada 2012 ketika Robin van Persie berhijrah ke Old Trafford dengan nilai 22.5 juta pound (RM124.86 juta).

Bintang Belanda itu menjadi inspirasi keapda United untuk meraih kejuaraan liga ke-20 semasa musim terakhir Sir Alex Ferguson. – AGENSI