PSG yang mengungguli Piala Perancis sejak empat tahun lalu mendahului 2-0 hanya dalam tempoh 22 minit menerusi jaringan Dani Alves dan Neymar.

Gol sendiri Presnel Kimpembe pada minit ke-40 dan jaringan penyamaan Mexer, minit ke-66 membantu Rennes mengheret permainan ke masa tambahan.

PSG bertambah malang selepas bintang penyerang mereka, Kylian Mbappe dibuang padang, dua minit sebelum tamat permainan menyebabkan pasukan itu hilang prospek untuk mengambil sepakan penalti.

Christopher Nkunku memberi kelebihan awal kepada Rennes selepas terlepas sepakan penalti pertama Barca, sekali gus menghadiahkan Piala Perancis pertama buat Rennes sejak 1971.

Kekalahan ini menyebabkan PSG menutup musim dengan hanya satu kejuaraan iaitu Ligue 1.

"Ini adalah persembahan luar biasa. Penyokong sudah terlalu lama menantikan detik ini.

"Kami menunjukkan karakter dan berhak menang," kata penyerang Rennes, Mbaye Niang. - AGENSI