Terdahulu Barca, yang sudahpun menjulang kejuaraan La Liga musim ini ketinggalan 1-5 dalam tempoh 56 minit menerusi ledakan hatrik Emmanuel Boateng dan dua gol darippada Enis Bardhi.

Skuad Catalan bagaimanapun cuba bangkit menyamakan kedudukan menyaksikan Philippe Coutinho turut melengkapkan hatrik, manakala satu lagi gol menerusi sepakan penalti Luis Suarez.

Kekalahan tersebut menyaksikan Barca mencatat kejayaan liga tanpa sebarang kekalahan selepas Real Madrid muncul pasukan pertama merekodkannya pada musim 1931/32.

Barca mengalami kekalahan pertama liga sejak tewas 0-3 kepada Malaga pada 8 April 2017, menamatkan pencapaian menakjubkan yang memecah rekod dan bertahan 43 perlawanan.

Kekalahan itu turut menyaksikan Barca mengutip 90 mata selepas 37 perlawanan, 12 mata di depan pasukan tangga kedua Atletico Madrid manakala Levante di tangga ke-15 dengan 46 mata.- REUTERS