Dengan peluang untuk memburu kejuaraan La Liga musim ini sudah tertutup rapat, kekalahan tersebut hasil jaringan lewat pemain Villarreal, Roberto Soriano dilihat mampu menggugat peluang Atletico untuk layak secara automatik ke Liga Juara Juara Eropah musim depan.

Atletico kini di tangga ketiga liga dengan mengumpul 68 mata, tiga mata di depan pasukan tangga keempat liga, Sevilla yang akan menerima kunjungan Celta Vigo, esok. Hanya empat pasukan teratas layak ke saingan Eropah tetapi pasukan yang mengisi slot terakhir terpaksa beraksi di pusingan kelayakan terlebih dahulu. - AFP