Biarpun bermula langkah kanan dengan meledak gol pembukaan seawal minit ketiga menerusi Sadio Mane, namun gol penyamaan lawan yang disempurnakan Harry Maguire di hujung babak pertama mengecewakan penyokong tuan rumah di Anfield.

Reds bagaimanapun masih menerajui liga dengan 61 mata, lima mata mengatasi City yang kalah mengejut 1-2 kepada Newcastle United, semalam. - AGENSI

KEPUTUSAN

Southampton 1 Crystal Palace 1

Liverpool   1 Leicester      1

Tottenham   2 Watford        1

Bournemouth 4 Chelsea        0