Ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus ternyata semakin kurang dirasai terutama apabila Benzema dan Bale terus mendapat sentuhan jaringan walaupun pada satu ketika pasukan tuan rumah memperoleh gol seawal minit ke-17 menerusi Borja Garcia.

Biar pun cemas seketika, Real hanya memerlukan 22 minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ramos sebelum sekali lagi dihadiahkan sepakan sama yang disempurnakan Benzema untuk gol pertamanya musim ini.

Bale pula membuktikan dia adalah pengganti tepat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo apabila melakukan larian solo yang menarik untuk gol ketiga diikuti sebelum penyerang antarabangsa Wales itu melintangkan bola kepada Benzema untuk gol keempat. - Agensi