Walaupun masih bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini, Real yang keciciran mata dalam empat daripada enam perlawanan di laman sendiri masih mampu menjinakkan lawan mereka dengan bergaya.

Terima kasih kepada Eibar yang tambah memudahkan tugas Real apabila pemainnya, Paulo Oliviera menjaringkan gol sendiri selain kesilapan penjaga gol mereka, Marko Dmitrovic yang menghadiahkan gol mudah buat Marco Asensio di babak pertama.

Cristiano Ronaldo yang dise­but-sebut bakal memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2017 bagaimanapun tidak menyumbang gol dalam perlawanan itu apabila digandingkan bersama Asensio di barisan depan selepas Karim Benzema direhatkan.

“Saya tidak bimbang tentang prestasi Ronaldo buat masa ini. Jika dia penjaring terbanyak dalam Liga Juara Juara Eropah, sedikit demi sedikit prestasinya akan kembali ke La Liga,” kata jurulatih Real, Zinadine Zidane. Satu lagi gol dijaringkanin gantian, Marcelo lapan minit sebelum permainan tamat. – AFP