Courtois telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian selama enam tahun dan Real bersedia membayar 35 juta euro (RM166 juta), lapor media Sepanyol.

“Pemenang Sarung Tangan Emas dalam Piala Dunia terakhir (Courtois) akan menandatangani johan Liga Juara-Juara (Real) selepas mempamerkan prestasi mengagumkan di Rusia.

“Selepas menjalankan ujian perubatan pada Khamis lalu (9 Ogos), dia akan diperkenalkan secara rasmi di Santiago Bernabeu dalam masa terdekat,” kata Real Madrid menerusi satu kenyataan.- REUTERS