Kemenangan tersebut juga membolehkan kelab itu melangkah ke tangga ketiga La Liga buat kali pertama sejak 2 Disember lalu.

Dalam aksi awal pagi tadi itu, jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane merehatkan Ronaldo buat kali pertama dalam saingan liga sejak 20 September malah pengendali warga Perancis itu turut tidak menurunkan penjaga gol utama Keylor Navas dan Gareth Bale.

“Penting adalah kami berjaya mendapatkan gol untuk menambah mata.

“Ini juga adalah kemenangan lain untuk empat kali berturut-turut diraih pasukan,” kata Zidane.

Dalam perlawanan itu menyaksikan Leganes terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi Unai Bustinza pada minit keenam sebelum Real Madrid dapat menyamakan kedudukan menerusi Lucas Vazquez sewaktu minit ke-11.

Baki dua gol Real Madrid dijaringkan oleh Casemiro pada minit ke-29 dan Sergio Ramos menerusi sepakan penalti ketika minit ke-90 perlawanan. - AGENSI