Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Real Madrid jumpa Bayern Munich

LEGENDA Liverpool dan Duta Liga Juara-juara, Ian Rush menunjukkan 2
LEGENDA Liverpool dan Duta Liga Juara-juara, Ian Rush menunjukkan kertas undian Leicester City sewaktu majlis undian suku akhir Liga Juara-juara di Nyon, Switzerland semalam. AFP

NYON, Switzerland 17 Mac – Juara bertahan Real Madrid akan menentang Bayern Munich dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara, bermakna Carlo Ancelotti akan berhadapan dengan pasukan yang dibimbingnya ketika memenangi trofi tiga tahun lalu.

Madrid dan Bayern, yang akan bertarung di Munich dalam pertemuan pertama, telah memenangi kejohanan ini 16 kali di antara mereka.

Barcelona pula diundi menentang Juventus yang merupakan ulangan kepada perlawanan akhir 2015. Peserta baharu Liga Juara-juara, Leicester pula akan bertemu Atletico Madrid manakala Borussia Dortmund berdepan Monaco.

Pertemuan pertama akan berlangsung pada 11 dan 12 April manakala pertemuan kedua pada 18 dan 19 April.

Ancelotti berpeluang menjadi jurulatih pertama yang memenangi pertandingan untuk kelab elit Eropah ini bersama tiga kelab berbeza. Selain Madrid, dia turut membim­bing AC Milan memenangi Liga Juara-juara sebanyak dua kali.

“Malangnya, ini seperti final walaupun baru suku akhir,” kata Pengarah Madrid, Emilio Butragueno.

Barcelona memenangi kejohanan ini dua tahun lalu selepas mengalahkan Juventus 3-1 di Berlin. Kekalahan itu bermakna kelab dari Itali itu mencipta rekod kalah sebanyak enam kali dalam perlawanan akhir.

Leicester adalah satu-satu­nya pasukan dalam undian hari ini yang tidak pernah bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara. Tetapi Leicester dan Atletico pernah bertemu dengan kelab Sepanyol itu menyingkirkan Foxes dalam pu­singan pertama Piala UEFA (kini Liga Europa) pada 1997.

“Kita tahu benar dengan masalah yang dihadapi Sevilla ketika bertemu Leicester,” kata Pengarah Atletico, Cle­mente Villaverde.

Monaco pula telah menjadi pasukan yang digeruni, dan mereka merupakan kelab yang menjaringkan gol paling banyak dalam mana-mana liga utama di Eropah musim ini, walaupun bermula dalam kalangan pasukan bawahan di peringkat kumpulan pada Ogos tahun lalu. – AP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain