Gergasi bola sepak Sepanyol itu dikaitkan dengan Mbappe sejak awal musim panas ini selepas pe­nyerang berusia 18 tahun tersebut membuktikan dia adalah bakat muda berkualiti menerusi persembahan menakjubkan sepanjang musim lalu.

Selain Real, musuh ketat mereka dalam La Liga, Barcelona dan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal turut berminat mendapatkan pemain antarabangsa Perancis yang telah meledak 26 gol dalam 44 penampilan ketika membantu Monaco merangkul kejuaraan Ligue 1 serta melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun harga 120 juta pound (RM669.64 juta) yang di­letakkan Monaco jauh daripada mampu dibayar Arsenal, dan Real kini bersedia untuk merealisasikan hasrat mereka.

Barcelona pula dikatakan bersedia membelanjakan 100 juta pound (RM556.85 juta) untuk memancing Mbappe, biarpun sedar pemain tersebut menjadi sasaran No. 1 Real.

Mbappe bagaimanapun sebelum ini memberitahu, Real adalah kelab ke­gemarannya sejak zaman kanak-kanak, manakala penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo merupakan pemain idolanya.

Dia juga merupakan peminat pengurus Real yang juga legenda Perancis, Zinedine Zidane, malah pernah membe­ritahu media ‘menyertai Real Madrid adalah keputusan tepat’ dalam kariernya. – AGENSI