Menurut akhbar Sepanyol, AS,  mengetuai senarai pemain untuk dijual adalah bintang sayap Wales, Gareth Bale.

Skuad Los Blancos juga sedia melepaskan Raphael Varane, Toni Kroos, James Rodriguez, Isco, Marcelo, Matteo Kovacic, Mariano dan Jesus Vallejo.

Selepas membuat penilaian, Real menjangkakan penjualan kesemua pemain tersebut bakal memnolehkan mereka meraih sekitar 500 juta euro (RM2.29 bilion).

Real bakal menutup saingan musim ini tanpa sebarang trofi selepas sudahpun tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan Copa del Rey.

Kekalahan 1-2 kepada Valencia, Rabu lalu pula menyebabkan mereka dipisahkan 13 mata di belakang pendahulu, Barcelona untuk menghuni tangga ketiga La Liga.

Pengedali Real, Zinedine Zidane akan diberi dana besar untuk membentuk skuad Galaticos (dipenuhi bintang) dengan misi mengembalikan kegemilangan pasukan. -AGENSI