Penyerang Tokyo FC itu melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan negaranya menjelang Copa America (Jepun tampil sebagai pasukan undangan) dan mendapat gelaran sebagai Messi Jepun pernah dikaitkan dengan Barcelona, Paris Saint-Germain dan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Ketika dihubungi AFP, Tokyo FC enggan memberikan sebarang ulasan, tetapi destinasi Kubo nampaknya menghala ke Madrid, di mana dia akan memulakan kariernya bersama kelab pelapis Real.

Kubo, 18, mendapat tawaran menyertai akademi remaja Barcelona ketika berusia sembilan tahun, namun, Real Madrid menunjukkan minat lebih mendalam dengan menandatangani pemain muda Jepun itu.

Pemain remaja itu yang mula mendapat perhatian peminat dari seluruh dunia selepas muncul dalam video di laman Youtube yang menampilkan kemahirannya bermain bola sepak.

Los Blancos difahamkan menawarkan 2 juta Euro (RM9.3 juta) setahun menyertai kelab simpanan Real Madrid, Castilla untuk Kubo meraih pengalaman terlebih dahulu, lapor media Jepun. - AFP