Penyerang Flamengo itu kini berusia 16 tahun dan sering dibandingkan dengan bintang Barcelona, Neymar selepas tampil cemerlang pada Kejohanan Amerika Selatan Bawah 17 tahun.

Selain Real, pemain tersebut turut berada dalam radar Barcelona, Manchester City, Paris Saint-Germain (PSG).

“Real Madrid dan Flamengo sudah mencapai persetujuan untuk perpindahan Vinicius pada Julai 2018.

“Buat masa ini, pemain berkenaan akan kekal bersama kelab sedia ada sehingga Julai 2019 namun pemain itu boleh beraksi bersama Real Madrid lebih awal jika kedua-dua kelab bersetuju,” ujar kelab gergasi Sepanyol itu dalam satu kenyataan. - AFP