Dalam perlawanan tersebut Marco Asensio meledak dua gol dan satu daripada Javi Sanchez untuk kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama di Bernabeu.

Isco dan Vinicius Junior menambah dua gol lagi sebelum Melilla berjaya mendapatkan jaringan tunggal menerusi penyerang mereka, Yacine Qasmi hasil sepakan penalti pada minit ke-81.

Isco sekali lagi meledak gol pada minit ke-83 untuk melengkapkan 6 jaringan Real Madrid dalam perlawanan tersebut. - AGENSI