Porto meraikan kemenangan 5-2 ke atas Monaco dalam aksi Kumpulan G, dan ini bermakna walaupun Leipzig melakar kemenangan, ia tidak memadai untuk mereka melepasi halangan peringkat kumpulan.

Walaupun sudah tersingkir daripada Liga Juara-Juara, Leipzig tetap mahu menjaga maruah apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan menentang juara Kumpulan G, Besiktas, terima kasih kepada Naby Keita yang menjaringkan gol tiga minit sebelum waktu sebenar perlawanan berakhir.

Pasukan pelawat meledakkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Alvaro Negredo seawal minit ke-10, sebelum Talisca memastikan kemenangan kelab Turki, Basiktas pada minit ke-90. - AFP