Penyerang United itu kini sedang melihat kesungguhan United untuk terus berada di depan musim panas ini sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya walaupun kelab tersebut berharap dapat mengikat kontrak dengan pemain berkenaan.

Bagaimanapun menurut The Sun, Rashford, 22, memberitahu kelab dia tidak mahu berbincang kerana tidak yakin dengan keupayaan Solskjaer sejak beberapa bulan lalu selepas United gagal ke kelompok empat teratas liga.

Solskjaer dijangka akan membuat perubahan besar bulan depan ketika dia mahu membuang pemain yang tidak berkesan dan membinanya kembali dengan menggunakan pemain muda.

Rashford dilihat menjadi kunci utama perancangan Solskjaer namun United ketika ini berdepan risiko mengalami situasi bermasalah dengan David de Gea yang juga masih belum berbincang mengenai kontraknya.

Penjaga gol Sepanyol itu hanya memiliki baki kontrak setahun dan Paris Saint-Germain dijangka akan meningkatkan tekanan terhadap United supaya menjualnya dengan mengemukakan tawaran musim panas ini.- Agensi