Rashford menunjukkan peningkatan ketara sejak Solskjaer mengambil alih tugasan di Old Trafford dengan menjaringkan tiga gol dalam lima penampilan di bawah pengurus Norway itu.

Solskjaer menyifatkan tiada sebab Rashford tidak mampu mencapai standard yang ditetapkan rakan sengaranya, Kane yang akan menjadi penyerang utama Spurs di Wembley, Ahad ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Dia boleh menjadi penyerang utama.

“Kita boleh bercakap mengenai Harry Kane dan dia sememangnya berada dalam kelas tersendiri tetapi saya pasti Marcus mempunyai potensi untuk menjadi setara rakan senegaranya itu,” katanya.-AGENSI