Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rantai pergerakan Ronaldo

CRISTIANO RONALDO
CRISTIANO RONALDO

MADRID 18 April - Pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti memberi amaran kepada pemainnya agar tidak sesekali terlepas pandang Cristiano Ronaldo apabila kedua-dua pasukan berentap pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu pagi ini (pukul 2.35 pagi Rabu).

Pemain antarabangsa Portugal itu meledak dua gol ketika Real menang 2-1 dalam aksi pertama di Bayern minggu lalu, dan Ancelotti tidak mahu senario yang sama berulang apabila mereka bertemu sekali lagi.

“Perkara kecil telah menentukan keputusan perlawanan pertama dan kita kena lebih fokus kali ini.

“Kami tidak boleh membiarkan Cristiano bersendirian.

“Peluang kami lebih kecil berbanding ketika peringkat pertama tetapi kami masih boleh memenangi perlawanan. Kami beraksi agak baik pada 60 minit pertama di Munich, namun melakukan terlalu banyak kesilapan selepas itu,” kata Ancelotti.

Ancelotti menyandarkan harapan kepada Robert Lewandowski untuk merobek gawang lawan selepas kehilangan khidmat penyerang Jerman itu dalam beberapa perlawanan terakhir akibat kecederaan bahu.

“Lewandowski adalah pemain yang hebat dan kepulangannya pasti membantu.

“Dia sudah berlatih bersama skuad tanpa sebarang masalah. Ia pasti meningkatkan keyakinan kami, namun pasukan ini tidak akan menukar strategi,” katanya lagi. \

Jika Real turun dengan reputasi selaku juara Eropah 11 kali, Bayern pula adalah kelab Jerman paling berjaya dengan memiliki lima trofi. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain