SERGIO RAMOS
SERGIO RAMOS

Pemain pertahanan tengah berusia 32 tahun itu mendedahkannya sebagai reaksi terhadap layanan penyokong di England yang mengejek dan mengecamnya sepanjang perlawanan Sepanyol dengan skuad Three Lions di Wembley semalam.

Los Blancos sebelum ini menewaskan skuad bimbingan Jur­gen Klopp 3-1 di Kiev, Ukraine untuk menjuarai Liga Juara-juara tiga kali berturut-turut.

“Saya cuba tidak melayani ejekan itu. Tetapi akhirnya saya tidak tahan juga, namun saya cuba untuk tidak terbawa-bawa ketika sedang beraksi. Ternyata ejekan itu tidak memberikan kesan kepada permainan saya.

“Orang hanya ingat tentang apa yang berlaku dalam perlawanan akhir itu, tetapi tiada siapa yang mengingati ancaman bunuh yang diterima oleh keluarga dan anak-anak saya.

“Ini adalah isu yang sangat sensitif yang mungkin orang lain anggap sebagai lucu dan (itu­lah sebabnya mereka) mengejek saya ketika di atas padang.

“Saya telah menjelaskannya dan saya tidak perlu memberi penerangan lagi,” kata Ramos.

Dalam perlawanan di Kiev itu, Ramos dilihat sengaja menjatuhkan Mohamed Salah sehinggakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu itu mengalami kecederaan di bahagian bahu dan terpaksa dikeluarkan pada pertengahan babak pertama.

Bukan sahaja Salah, Pertahanan Terbaik UEFA itu turut mencederakan Loris Karius sebelum penjaga gol The Reds itu me­lakukan dua kesilapan besar untuk gol pertama dan ketiga Real.

Ramai penyokong menuduh pemain antarabangsa Sepanyol itu sengaja mencederakan ke­dua-dua pemain berkenaan.

Walau bagaimanapun, Ramos berkeras menafikan dia sengaja mencederakan Salah sehingga menyebabkan bintang Mesir itu sukar mendapat pres­tasi terbaik sewaktu kempen Piala Dunia 2018 Rusia. – AGENSI