Pasukan pelawat memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-28 apabila Muhammad Fauzi Abdul Kadar mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah Sani Anuar Kamsani.

Skuad Harimau Kumbang beberapa kali mencemaskan gol T-Team yang dikawal Mohd. Suhaimi Husin namun pemain penyerang tuan rumah gagal mencari penyudah sempurna.

T-Team sekali lagi menemui gol pada minit ke-58 apabila Mohd. Asrol Ibrahim bijak memperdayakan Sani Anuar untuk gol kedua pelawat.

Pulau Pinang terus terperosok di dasar liga apabila hanya mengutip 12 mata dan bakal terjerumus ke Liga Perdana musim depan. - UTUSAN ONLINE