Pasukan Pulau Pinang membuka jaringan seawal minit ke -13 hasil jaringan Muhammad Nurfais Johari yang melorong cantik bola ke gawang pasukan pelawat yang dikawal Samuel Jacob Somerville.

Tuan rumah kembali mengasak dan pada minit ke-26, jaringan Kel Ilso dibatalkan kerana berada pada posisi offsaid.

Pada separuh masa kedua, tuan rumah terus melebarkan jaringan apabila Ilso menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum menolak ke gawang JDT II pada minit ke-66.

Pasukan pelawat akhirnya tunduk apabila gagal menjaringkan sebarang gol sehingga tamat permainan. - UTUSAN ONLINE