Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan cantik Jasazrin Jamaludin yang merembat bola dari luar kotak penalti pada minit ke-11.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan hampir selesa di hadapan namun jaringan Chidi Edeh pada minit ke-23 dibatalkan akibat offside.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mendapatkan gol dan hasilnya pasukan pelawat berjaya mendapatkan gol hasil jaringan pemain gantian Gilberto Valdenesio Fortunato yang menyambut hantaran Wan Zack Haikal.

Keputusan itu membolehkan Pulau Pinang mengutip 21 mata manakala kedusukan Felda United sebagai Juara Liga Perdana tidak berubah. - UTUSAN ONLINE