Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Puaka Jerai sedia gegarkan Shah Alam

ALOR SETAR 19 Mei – Tanyalah kepada pemain, pihak pengurusan mahu pun penyokong setia Lang Merah, siapa tidak kenal dengan ‘Puaka Jerai’ yang merupakan ikon kepada penyokong pasukan bola sepak negeri ini.

Zulkifli Hashim (kanan) bersama pelari solo Nasir Abas akan bersama ribuan penyokong Kedah yang akan memeriahkan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Menurut Puaka Jerai yang nama sebenarnya adalah Zulkif­li Hashim, 38, dia sanggup me­lakukan apa sahaja termasuk ber­belanja ribuan ringgit semata-mata untuk menunjukkan soko­ngan padu terhadap pasukan kesayangannya itu.

“Untuk final Piala FA esok, saya sudah membuat persiapan awal bersama rakan-rakan de­ngan menempah bendera gergasi yang akan dikibarkan di Shah Alam ketika perlawanan itu berlangsung.

“Kami turut menempah sepanduk serta menyediakan replika Piala FA yang kesemuanya menelan belanja hampir RM2,000. Biar pun hanya menyara hidup dengan meniaga burger dan ‘nasi lemak hijau kuning’, saya tak kisah untuk berbelanja besar demi pasukan kesayangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dikenali kerana sering berpakaian unik berwarna hijau kuning dengan bunga matahari di kepala setiap kali mengikuti perlawanan melibatkan Kedah, Puaka Jerai juga sering diundang menghadiri majlis-majlis tertentu melibatkan keraian pasukan seperti siri jelajah Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih sebelum ini.

Mengulas lanjut, katanya, dia akan bertolak ke Shah Alam pada pukul 12 tengah malam ini menaiki kereta kancil berwarna kuning kesayangannya bersama isteri Nafishah Md. Rozki, 35, serta dua anak mereka Nur Syazlyana Umairah, 6, dan Muhammad Luqman Hakim, 3.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain