Mbappe menjaringkan gol cantik menerusi sepakan voli hasil hantaran Dani Alves pada minit ke-73.

Ia merupakan jaringan ke-19 Mbappe dalam 18 penampilan liga musim ini dan ia menjadikannya pemain paling prolifik dalam tempoh 45 tahun.

Kecemerlangan PSG turut dipacu dengan kehadiran semula Marquinhos di bahagian pertahanan dan Juan Bernat yang memainkan peranan luar biasa di bahagian tengah.

Mbappe bagaimanapun memberi pujian kepada keseluruhan pasukan di atas kejayaan itu.

“Kami bermain dengan pasukan yang cemerlang di laman sendiri.

“Tidak banyak pasukan yang menang di sini tetapi kami berjaya melakukannya dan membawa pulang tiga mata.

“Kami perlu terus seperti ini. Aksi saya memang baik tetapi pasukan ini secara keseluruhannya jauh lebih baik berbanding saya,” katanya.-AGENSI