Skuad bimbingan Unai Emery mudah membenam Monaco yang menyaksikan PSG meledakkan empat gol dalam tempoh 14 minit di Parc des Princes dengan Lo Celso menyumbat dua gol, manakala Edinson Cavani dan Di Maria turut menjadi penyumbang jaringan.

Rony Lopes menjaringkan gol sagu hati buat Monaco dalam lapan perlawanan berturut-turut, tetapi Di Maria menyumbat gol kelima sebelum Radamel Falcoa meledakkan gol sendiri dan jaringan lewat perlawanan oleh Julian Draxler membantu PSG menjulang gelaran ketujuh kelab itu.

“Amat penting memenangi gelaran di laman sendiri. Kami berpeluang mempamerkan jurang perbezaan antara kami dan Monaco.

“Kami masih memerlukan masa untuk menganalisis aksi musim ini. Tugas kami memburu trofi masih belum selesai. Pasukan lain mempunyai lebih banyak gelaran berbanding kami, tetapi kami perlu terus melangkan ke depan,” kata jurulatih PSG, Emery kepada Canal+. - AFP