Dalam perlawanan tersebut Neymar menjaringkan gol pada minit ke-20, ke-22 dan ke-81 manakala tiga lagi jaringan PSG diperoleh menerusi Edinson Cavani pada minit ke-37, Angel Di Maria pada minit ke-41 dan Kylian Mbappe sewaktu minit ke-70.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel berkata, pasukannya berada di tempo yang terbaik dalam perlawanan tersebut dalam masa sama Neymar juga telah mempamerkan kecemerlangannya.

“Kekuatan kami juga sudah semakin baik dalam setiap perlawanan dan anda dapat melihatnya.

“Neymar adalah pemain terbaik di Eropah malah kami mempunyai beberapa pemain handalan lain dalam pasukan ini,” kata Tuchel. - REUTERS