Itulah Vittorio Pozzo yang merupakan jurulatih Itali yang terkenal dengan formasi taktikal bola sepaknya ketika itu iaitu ‘Metodo’ sehingga diguna pakai beberapa kelab bola sepak.

Pernah menjadi pemain dan bekerja sebagai wartawan selepas meninggalkan bola sepak, Pozzo muncul satu-satunya pengendali yang pernah membimbing skuad negaranya mencipta kejayaan berganda dalam sejarah Piala Dunia.

Selain itu, Pozzo juga berjaya membimbing Itali meraih emas bola sepak Sukan Olimpik 1936.

Meninggal dunia pada usia 82 tahun, Pozzo juga pernah menjadi pengurus kelab Torino pada awal kariernya. Sebagai pemain pula lelaki kelahiran Turin ini pernah bermain di Perancis, Switzerland dan England.