Edinson Cavani muncul wira Uruguay apabila menjaringkan kedua-dua gol pasukannya pada minit ke-7 dan 62 hasil gandingan mantap bersama Luis Suarez.

Cristiano Ronaldo yang memperkuatkan kesebelasan utama Portugal pula bagaimanapun agak tenggelam ditelan kekebalan benteng Uruguay yang cemerlang dan ampuh bertahan sepanjang perlawanan.

Ini menyaksikan Portugal terpaksa menggunakan pemain pertahanannya, Pepe untuk menjaringkan gol tunggal mereka pada minit ke-55.

Dengan keputusan ini, Uruguay bakal berdepan Perancis di suku akhir yang dijadual berlangsung 6 Julai ini.

Terdahulu Perancis menewaskan Argentina 4-3. - UTUSAN ONLINE