Penyerang muda Sevilla Andre Silva menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52 dalam perlawanan di Chorzow untuk mengungguli Kumpulan 3 serta menduduki kedudukan teratas Liga A.

Terdahulu, Krzysztof Piatek meletakkan Poland di depan pada minit ke-18, sebelum Silva menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.

Portugal bagaimanapun mempunyai kelebihan selepas Kamil Glik menyumbat gol sendiri, namun bek kanan Poland Bartosz Bereszynski melegakan hati mereka apabila menyamakan kedudukan 34 minit selepas itu.

Portugal kini mempunyai enam mata sepanjang dua perlawanan, lima mata mengatasi Poland dan Itali. Hanya pemenang di peringkat kumpulan sahaja akan mara ke slot empat terakhir pada Jun depan.

Keputusan seri antara Poland dan Itali di Chorzow Ahad lalu membolehkan Portugal menjadi pemenang kumpulan. Skuad kendalian Fernando Santos itu kemudian akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Scotland Isnin depan.

“Secara keseluruhan kami mendominasi perlawanan. Poland bermula dengan baik namun kami gagal mengawal mereka sebelum kami memenangi perlawanan,” kata Santos.

Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Portugal tanpa kelibat Ronaldo, yang tidak dipanggil sejak penghijrahannya dari Real Madrid ke Juventus pada musim panas.- AGENSI