Kesilapan pertahanan Switzerland, Johan Djourou pada minit ke-41 membawa padah apabila menjaringkan gol sendiri sebelum Portugal menggandakan jaringan 12 minit selepas rehat hasil jaringan penyerang AC Milan, Andre Silva.

Switzerland perlu beraksi dalam pusingan play-off untuk menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut. - AGENSI