Pogba secara terbuka memaklumkan kepada pemain dan staf dia mahu United menjualnya dalam tempoh 48 jam ini, dua tahun selepas kembali ke pangkuan United daripada Juventus dengan harga 89 juta pound (RM469 juta) yang merupakan rekod dunia ketika itu.

Pemain tengah Perancis berusia 25 tahun itu difahamkan telahpun menghantar mesej kepada Ed Woodward, apabila dia memaklumkan Naib Pengerusi Eksekutif United itu dia mahu meninggalkan Red Devils, walaupun kelab menafikan dakwaan tersebut.

United masih dengan pendirian bahawa Pogba tidak akan dijual, apatah lagi dua hari sebelum skuad bimbingan Jose Mourinho beraksi dalam perlawanan pembukaan musim menentang Leicester di laman sendiri.

Peluang untuk kelab itu mencari pengganti amat tipis sebelum jendela perpindahan ditutup di England pada pukul 5 petang (12 malam waktu Malaysia) esok. United kini tidak mempunyai pilihan selain daripada mengekalkan pemain yang sudah tidak gembira berada di Old Trafford.

Pogba difahamkan bersedia menerima bayaran gaji asas sebanyak 9.62 juta pound (RM50 juta) musim ini, ditambah dengan bayaran bonus sebanyak 3.78 juta pound (RM19 juta).

Tarikh tutup perpindahan Liga Sepanyol ialah pada hujung bulan ini.

Difahamkan Pogba telahpun bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian yang diletakkan kelab gergasi Catalonia itu yang melibatkan yuran perpindahan sebanyak 89.5 juta pound (RM472 juta) untuk kontrak selama lima tahun.

Untuk gaji asas pula, pemain tersebut dikatakan bersedia menerima bayaran sebanyak 18 juta pound bersamaan 346,000 pound (RM1.82 juta) seminggu dan dia kini nekad untuk berpindah Camp Nou.

Walau bagaimanapun, ejen pemain itu Mino Raiola enggan memberikan sebarang ulasan berhubung situasi tersebut ketika dihubungi dan dia berkata: “Saya tidak akan membuat sebarang pengumuman tentang Paul. Anda perlu bertanya kepada Manchester United.”

Difahamkan Pogba mahu bermain di Sepanyol di samping Lionel Messi dan rakan lamanya di Juventus, Arturo Vidal yang menyertai Barcelona minggu lalu. AGENSI