Pengendali berasal dari Portugal itu semakin hilang sabar terhadap pemain yang mencatat rekod pembelian kelab dan memasukkan Pogba di dalam senarai pemain yang akan dijual dalam usahanya bagi merapatkan jurang dengan juara baharu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Prospek Pogba meninggalkan Old Trafford dua tahun selepas kembali ke pangkuan United dengan harga 89 juta pound (RM494 juta) semakin menjadi kenyataan sejak Pep Guardiola membuat pengakuan 11 hari lalu bahawa dia ada menawarkan pemain itu menyertai City pada Januari.

Hubungan Pogba dengan Mourinho semakin buruk, musim ini dan pemain berusia 25 tahun itu sekali lagi memanaskan bangku simpanan sewaktu United tumpas kepada West Brom di laman sendiri, Ahad lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu dibiarkan berada di bangku simpanan sebanyak tujuh kali dalam 11 perlawanan terakhir. - AGENSI