Pogba menjaringkan dua gol menerusi rembatan kaki kiri dan sepakan penalti, selain mencipta gerakan untuk gol ketiga yang disempurnakan oleh Anthony Martial.

"Persembahan yang bagus.

"Dia (Pogba) amat mantap, berada dalam kelas tersendiri dan memberikan kelajuan yang kami perlukan.

"Dia mengawal tempo dan sudah tentu sangat tajam di depan pintu gol," kata pengendali United itu kepada BBC. - AGENSI