Solskjaer membawa United untuk meraih 14 kemenangan daripada 17 perlawanan semua pertandingan selepas mengambil alih tugasan di Old Trafford daripada Jose Mourinho Disember lalu.

Walaupun tewas kepada Arsenal dan Wolverhampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan Piala FA, mereka hanya ketinggalan dua mata di belakang kelompok empat pasukan terbaik.

Mereka juga akan berdepan Barcelona dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Pogba berjaya menemui sentuhan terbaiknya semasa di bawah kendalian pengurus Norway itu dan berharap Solskjaer akan diberikan kontrak tetap.

“Kami mahu dia kekal bersama United.

“Kami berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dan setiap pemain memiliki hubungan baik bersamanya.

“Solskjaer seorang pengurus yang sangat mengenali kelab ini.

“Dia memberikan kami kebebasan untuk menikmati saat bermain bola sepak,” katanya.-AGENSI