Bintang Perancis itu dilihat sebagai tonggak kepada pembentukan semula skuad Solskjaer di Old Trafford selepas bekas penyerang United itu mengambil alih tugas pengendali pada Disember tahun lalu.

Pengurus dari Norway itu, juga yakin dia mampu meyakinkan Pogba untuk terus kekal bersama Red Devils.

Pogba yang kembali mempamerkan peningkatan prestasi sejak Jose Mourinho dipecat, menyatakan hasrat kepada Solskjaer mahu menyertai Real Madrid.

Begitupun, naib pengerusi United, Ed Woodward yakin kehilangan Pogba kepada Real Madrid akan memberi tamparan kepada imej United serta reputasi kelab itu di serata dunia.

Namun, Solskjaer mengakui dia tidak mahu membawa penumpang dalam usaha membina semula kelab dan perlu membenarkan Pogba berhijrah ke Bernabeu, menurut laporan akhbar Britain. - AGENSI