Dalam perlawanan tersebut United berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas Basel di Old Trafford dalam aksi Kumpulan A.

Pemain kebangsaan Perancis berusia 24 tahun itu disahkan mengalami kecederaan selepas melakukan imbasan ke atas kakinya, pada Rabu.

Ini bermakna Pogba tidak dapat beraksi buat United sekurang-kurangnya sebulan dan dijangka kembali pada 14 Oktober ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool. - AGENSI