Spurs dijadualkan berpindah ke White Hart Lane yang dibangunkan semula, Ogos lalu namun projek berkenaan sudah beberapa kali tertangguh.

Akhirnya, stadium itu dibuka semula, semalam dan ia menyaksikan perlawanan pertama di antara pasukan bawah 18 tahun Spurs menentang Southampton.

Pochettino merasakan pengerusi kelab, Daniel Levy wajar diberikan pujian kerana sentiasa memberi desakan untuk projek itu segera disiapkan.

“Sukar digambarkan, sukar dijelaskan dengan menggunakan ayat. Kami sangat teruja.

“Perasaan saya sama seperti hari terakhir kami meninggalkan White Hart Lane. Kami menangis dan hari ini adalah hari pertama, kami berada di stadium yang sama. Kami hampir menangis.

“Impian kami menjadi kenyataan dan paling penting kami ingin ucapkan terima kasih kepada Daniel Levy kerana pada 2001 ketika kami mula mempercayai impian itu dan dia merealisasikannya hari ini,” katanya.-AGENSI