Kebimbangan Yusri tampak berasas berikutan kembalinya dua tonggak utama lawan iaitu Mohd. Safee Sali dan Zachary Anderson yang dilihat melengkapkan seluruh kekuatan pasukan itu.

Katanya, berpandukan kepada lima perlawanan terdahulu PKNS hanya tumpas kepada Kedah disebabkan ketiadaan Anderson di bahagian pertahanan.

Menurutnya, dia mahu barisan pemain TRW tidak mengambil mudah kekuatan pasukan lawan dan beraksi penuh semangat pada perlawanan itu nanti.

"Apa yang pasti, rombakan perlu dilakukan demi kebaikan pasukan dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan positif.

"Kita tahu kekuatan PKNS tidak dapat dinafikan mereka salah satu pasukan yg cukup liat untuk ditumbangkan," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Selepas mengharungi empat perlawanan TRW menduduki tangga kesepuluh dalam carta Liga Super dengan mengumpul empat mata. - UTUSAN ONLINE