PKNS mara dengan agregat 4-3 setelah mengalahkan Perak 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam.

Dalam pertembungan hari ini, pasukan pelawat menjaring gol pembukaan menerusi rembatan deras Rodney Celvin Akwensive dari luar kotak penalti ke-54.

K. Gurusamy mengukuhkan kelebihan gol buat PKNS pada minit ke-64 apabila tenang menyempurnakan penati setelah pemain tengah Perak, Kennypal Raj menjatuhkan Muhammad Faris Ramli di dalam kawasan penalti.

Perak bangkit merapatkan kedudukan menerusi ketua pasukan Perak, Mohammad Nasir Basharuddin apabila menjaringkan gol pada minit ke-72 selepas keadaan kelam kabut di depan gawang gol PKNS.

Mohammad Nasir menyamakan kedudukan 2-2 untuk Perak pada minit ke-81 hasil percubaan solo dari penjuru kanan gawang PKNS yang menewaskan penjaga gol, Mohd. Shahril Sa'ari. - UTUSAN ONLINE