Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pickford penjaga gol termahal Liga Perdana Inggeris

 Pickford
Jordan Pickford semasa latihan. - UTUSAN ONLINE/Reuters

LONDON 16 Jun - Everton menandatangani Jordan Pickford daripada Sunderland dengan rekod perpindahan baharu sebagai penjaga gol paling mahal di Britain ketika ini.

Yuran perpindahan pemain pasukan Bawah 21 tahun England itu melibatkan jumlah 30 juta pound (RM164 juta) mengatasi nilai perpindahan Fraser Forster iaitu 10 juta pound (RM54.66 juta) yang dibayar oleh Southampton kepada Celtic pada 2014.

Perpindahan tersebut menjadikan Pickford sebagai penjaga gol ketiga termahal di dunia, di belakang pemain baharu Manchester City, Ederson dan legenda Itali, Gianluigi Buffon.

“Musim lalu adalah penampilan sulung saya dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan ini peluang yang saya perlu ambil untuk terus maju bagi membuktikan kepada semua yang saya mampu tampil hebat bersama Everton.

“Bagi saya ini juga adalah kelab yang hebat dalam masa sama saya mahu jadi yang terbaik untuk membantu Everton,” kata Pickford.

Pickford menandatangani kontrak lima tahun dan akan menjadi pilihan utama Ronald Koeman untuk mengisi posisi penjaga gol selepas Maarten Stekelenburg dan Joel Robles tidak mempamerkan aksi konsisten dalam saingan musim lalu. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain