Pickford yang merupakan penjaga gawang Everton memainkan peranan penting bersama England semasa aksi Piala Dunia 2018 termasuk menyelamatkan penalti Carlos Bacca untuk memastikan Three Lions melangkah ke separuh akhir.

Pemain berusia 25 tahun itu bagaimanapun menghadapi saat sukar selepas melakukan beberapa kesilapan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Heaton terlepas Piala Dunia kerana mengalami kecederaan dan bakal bersaing dengan rakan senegara, Nick Pope dan Joe Hart untuk kembali dalam kesebelasan utama Burnley.

Dia kini menjadi saingan buat Pickford menjelang aksi kelayakan Euro 2020 bertemu Republik Czech dan Montenegro tetapi masih lagi memandang tinggi terhadap pencapaian rakan senegaranya itu.

“Saya berasakan dia menampilkan aksi cemerlang apabila menyarung jersi England.

“Dia telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Piala Dunia,” katanya.-AGENSI